Friday, January 14, 2011

Saya kuat cemburu.

The Jealous Wall, Ireland

Hari ni saya declare hari cemburu sedunia (dunia saya jelah).
5 perkara saya cemburu dengan kawan-kawan sekarang.

1. Driving license.
Yup, semua orang sibuk belajar kereta. Ada dah dapat lesen L. Ada yang dah dapat P. Ada yang masih belajar. Tak kisahlah. Saya masih terkial-kial. Tidak tahu bila mahu bermula. Tidak pasti akan dapat driving license or not. Tidak harap untuk dapat pun dalam masa terdekat (in this month). Semuanya tidak okay.

2. Duduk rumah sendiri.
Ini satu lagi saya cemburu. Kawan-kawan saya sedang bermalas-malas di rumah sendiri tapi saya?. Masih di Parisjaya. Eh silap, Putrajaya. Di rumah kakak dan menjaga anak-anak saudara tercinta. Walaupun rumah ni dah macam rumah sendiri. But still berbeza. Sebab tak rasa macam rumah sendiri. Rumah dimana saya boleh buat sesuka hati saja. Mahu pulang tapi tak mahu juga. Tahukah anda, sudah seminggu lebih hidup saya terkurung dalam rumah ini. Kalau keluar pun pergi hospital atau rumah kakak yang lagi satu dekat Puchong. Saya mahu jalan-jalan juga di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Mahu menikmati pemandangan indah disini. Mahu berwindow-shopping di Midvalley ke or One Utama ke or anywhere else. Sick of Alamanda. haha.

3. Pergi melawat sekolah.
Seperti kebiasaannya budak lepasan SPM, diorang akan pergi menyibuk-nyibuk di sekolah dengan tujuan tertentu. Ada yang hantar buku yang dah setahun pinjam ke cikgu. Ada yang saja jalan-jalan sebab rindu sekolah. Ada juga yang sibuk mencari markah koko. Semuanya ada. Mungkin ada yang datang untuk try makanan kantin. haha. Saya bagaimana?. Saya masih punya banyak buku-buku di rumah milik sekolah yang masih terletak di atas rak buku. Saya masih ada hal untuk di selesaikan di sekolah. Urusan hutang, jemputan ke Jamuan Perpisahan (walaupun dah lama berpisah) dan macam-macam lagi. Bila agaknya saya akan selesaikan semua itu? Tidak pasti. Yang pasti mahu bertemu dengan cikgu-cikgu yang terchenta. Eceh.

4. Cari duit sendiri.
Ada kawan-kawan yang sedang berkerja mengumpul duit untuk masa hadapan. Tak kisahlah kalau nak beli blackberry ke, DSLR ke. Itulah pelaburan yang merugikan. haha. Entah apa-apa saya tulis ni. Walaupun tak pernah terlintas pun di hati saya untuk berkerja seperti yang lain tapi saya cemburu mendengar kawan-kawan berkerja dan dapat gaji hasil titik peluh sendiri.

5. Keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan yang lain.
Ini paling dicemburui. Orang lain sudah bersuka-ria. Keluar jalan dengan kawan-kawan sambil mengimbas kenang bersekolah dulu. Kalau budak laki, sah-sah tiap-tiap minggu pergi main futsal lah, badminton lah. Saya juga mahu bertemu kawan-kawan. Saya juga mahu membazir masa bersama mereka. Saya nak!. Semua itu mungkin terjadi kalau saya di Terengganu. Sekarang sangat mustahil.

Sudahlah arina. Stop dreaming! Realiti sekarang tak izinkan saya untuk melakukan perkara yang saya cemburui di atas. Jadi, saya akan terus cemburu dengan kawan-kawan yang lain.

That's all, babe.
Wassalam.

p.s. Selamat hari cemburu!

No comments:

Post a Comment