Tuesday, December 21, 2010

Istana ke penjara?

Assalamualaikum.

So, hari ini saya bercita nak cerita pasal sekolah. Sekarang terasa rindu dekat sekolah. Kenapa? Mungkin sebab bosan duduk umah kut.

Before that, jom tengok gambar.



Bila SPM habis, saya rasa sangat lega. Tapi dalam masa yang sama sedih jugak tinggalkan sekolah. Walaupun sekolah dekat aje dengan rumah.

Banyak bende yang memang saya tak suka pasal sekolah.

1.Kantin
Sebabnya saya rasa kantin tu kotor. Makanan dia tak berapa bersih. Even my friend found lalat dalam mee sup dia. Uweeks!

2.Peraturan
Kadang-kadang saya rasa peraturan sekolah tu melebih-lebih pulak. Dulu masa form1, form 2 and form3 tak delah banyak sangat peraturan. Naik form4 sekolah tu dah upgrade peraturan. Form 5 lagi-lagi bertambah. Nasib baik dah final year.

3.Serabut
Oleh kerana sekolah saya masuk pertandingan edible garden so the whole school ditanam dengan pokok-pokok yang edible. Memandangkan kawasan sekolah saya kecik aje, dan ditanam pulak dengan macam-macam rasa macam hutan pun ada.

4. Berat sebelah
Mungkin saya je kut yang rasa. Apa yang tak penting didahulukan, apa yang penting dikemudiankan. Masa form 4, memang kami diabaikan. Tak de orang nak focus pada budak form 4. Bila time form 5 bukan main lagi sibuk nak ambik tau.

5.Terlalu banyak aktiviti luar
Saya tahu memang semua sekolah sibuk dengan aktiviti luar. Tapi sekolah saya terlebih-lebih pulak. Dalam setahun adalah 5, 6 kali buat lawatan. Yang stressnya, bila kita ckp tak pegi, habis kene kutuk. 'Mcm dia sorang nak SPM' Tahan jelah.

Ok. Ok! sudahlah kutuk sekolahkan.
Sebenarnya itu semua berdasarkan dua tahun terakhir saya duduk kat sekolah tu. Sebelum tu tak rasa.

Tapi sekarang rindu kat sekolah. Antara sebab-sebabnya ;-
1.Suasana belajar dalam kelas
Of courselah, rindukan cikgu mengajar, rindu meja, rindu kelas, rindu kawan.

2.Lepak-lepak
Habis sekolah tak leh nak lepak macam time sekolah. Lepas ni tak delah gossip girls kat sekolah tu.

3.Kawan-kawan
Kawan-kawan lah teman berlepak sama ada dalam kelas or library or mana aje kat sekolah tu. Rindu study riuh-riuh dengan kawan-kawan. Study ke?

That's all.
Wassalam

No comments:

Post a Comment